• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Popia Begedil Daging Yang Simple Dan Sedap.

by shazylin
January 11, 2023Filed under:
  • resepi

 

Popia Begedil Daging Yang Simple Dan Sedap.

 

Assalammualaikum dan hai.

Begedil merupakan makanan yang berasaskan kepada ubi kentang yang di lenyek dan kemudian di adunkan dengan bahan-bahan lain yang menjadikan ia makanan yang sedap .

Selalunya begedil hanya menggunakan tauhu kering, tetapi pada entri ini, penulis akan kongsikan resepi ini.

Dapat idea ini, sebab mengidam punya pasal. Jadi, bila sudah sampai tahap mengidam, alamatnya memang kena buat terus sebelum kempunan.

Jadi, penulis akan kongsikan seperti biasa bahan-bahan, kaedah penyediaan awalan dari awal sehingga akhir.

Ianya merupakan resepi yang simple.

 

Boleh baca juga : Kroket Kentang Sosej Cheese

 

Popia Begedil Daging Yang Simple Dan Sedap.

 

Bahan-bahan:

  • 8 biji ubi kentang
  • daun bawang
  • sebungkus daging burger ramly
  • garam
  • lada sulah
  • bawang goreng
  • 1 bungkus kulit popia
  • minyak masak
  • air suam untuk gam kulit popia

 

Cara Awalan Penyediaan:

  • Pertama,  8 biji ubi kentang di kupas, di cuci. Kemudian, ubi kentang di potong kecil sebelum di rebus sehingga empuk. Tujuan di potong kecil adalah untuk cepatkan proses ubi kentang empuk. penulis letakkan sedikit garam sebelum rebus ubi kentang tersebut. Apabila sudah empuk, toskan airnya dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.

 

  • Kedua, 1 bungkus daun bawang di cuci bersih, kemudian di potong halus.

 

  • Ketiga, 1 bungkus daging burger ramly di lenyekkan . Kemudian, panaskan sedikit minyak, dan masakkan daging burger ramly tersebut sehingga masak.  Kemudian, masukkan lada sudah, garam, dan daun bawang yang telah di potong halus. Masak semuanya sehingga masak.

 

  • Keempat, lenyekkan ubi kentang. Kemudian, masukkan adunan daging burger yang telah di masak tadi. Satukan juga dengan bawang goreng, garam dan lada sulah. Sebatikan semuanya.

 

  • Kelima, sediakan kulit popia. Buka satu persatu. Masukkan inti yang telah sebati tadi di dalam kulit popia dan gulung sehingga selesai.

 

Cara Menggoreng Popia Begedil Daging Yang Simple Dan Sedap.

Sediakan minyak yang mencukupi. Panaskan minyak dan goreng popia begedil daging dengan menggunakan api yang sederhana supaya ianya masak sempurna.

Siap untuk di hidangkan.

 

Gambar Awalan Sehingga Akhir Penyediaan

Popia Begedil Daging Yang Simple Dan Sedap.

 

Popia Begedil Daging Yang Simple Dan Sedap. Popia Begedil Daging Yang Simple Dan Sedap.

Popia Begedil Daging Yang Simple Dan Sedap. Popia Begedil Daging Yang Simple Dan Sedap.

 

 

 

 

 

Tagged:
  • Popia Begedil
  • popia begedil daging
  • resepi begedil daging

Post navigation

Previous Post Kebaikan Aplikasi MAE.
Next Post Telekung Sulam Tulip Cantik Dari Annisaa.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2025 · Shazylin.com