Laksa Lemak Kelantan Sedap Dan Simple.
Assalammualaikum dan hai.
Entri resepi pada kali ini adalah berkaitan dengan salah satu makanan pantai timur tidak kira pada menjelang raya atau hari biasa.
Kebetulan suami penulis teringin dan request, jadi penulis buat perkongsian resepi ini di entri ini.
Ceritanya bermula apabila sehari sebelum hari raya aidil adha, kami pergi bercamping di pantai. Maklumlah baru dapat khemah baru, so saja untuk test dan merasai khemah baru.
Apabila di sebut camping, maka pelbagai juadah simple di sediakan oleh penulis untuk kami bersarapan menghadap pantai yang cantik, aman dan dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Penulis ada bertanya kepada suami, esok raya aidiladha awak nak makan apa? renang? lemang?nasi impit? Kemudian dia kata kata taknak, saya nak makan laksa kuah putih.
Kami pun bercadang, lepas zohor kami pergi ke pasar raya.
Kami beli bahan-bahan untuk membuat laksa putih.
Sebenarnya kuah laksa putih ni saya je seperti kuah laksam, cuma mee nya penulis gantikan dengan laksa. Rasanya lagi sedap.
Jadi, di sini penulis kongsikan bagaimana cara untuk membuat Laksa Lemak Kelantan Sedap Dan Simple.
Penulis buat hidangan bagi 2 kilo laksa taw, al maklumlah takut tak cukup.
Di bawah adalah perkongsian bahan-bahan yang di beli penulis di pasar raya bagi hidangan hari raya aidil adha.
Bahan-Bahan hidangan kuah laksa putih
- 2 kilo laksa
- 1 kilo ikan sardin
- 5 keping asam keping
- air masak secukupnya
- 1 kilo santan kotak jenama KARA
- 3 batang bunga kantan
- segenggam daun kesom
- 4 biji bawang merah
- 3 sudu lada hitam
- 1 batang serai
- garam
- ajinomoto
Bahan-bahan sayur
- 1 biji timun
- rm1 taugeh
- 7 biji limau nipis
- 6 batag kacang hijau
- 6 biji telur
Bahan-bahan sambal belacan
- 1 bungkus cili api merah
- sedikit belacan
- gula
- ajinomoto
Cara-cara awalan penyediaan kuah laksa putih
Pertama, Ikan sardin di siang, di cuci bersih. Kemudian, sediakan periuk, masukkan tiga bahan ini:
- 1 kilo ikan sardin
- 5 keping asam keping
- air masak secukupnya
rebus sehingga ikan masak. . Anggaran rebus dalam 30 minit sehingga ikan masak. kemudian, apabila sejuk, blendkan isi ikan. Guna penapis bagi elakkan tulag ada. Ulang sehingga selesai. Masukkan hasil blend ke dalam periuk.
Kedua, tumbuk dua bahan ini sehingga hancur. Apabila kita sebut mengenai masak lemak, bawang putih tidak perlu ye. Ini bahan yang pelru di tumbuk:
- 4 biji bawang merah
- 3 sudu lada hitam
Ketiga, daun kesom di cuci bersih dan 3 batang bunga kantan di hiris halus-halus.
Cara-cara awalan penyediaan rebus laksa
- sediakan kuali, masukkan air secukupnya. Didihkan air. Selepas itu, masukkan laksa dan rebus sehingga masak.
- Tapis dan bilas dengan air.
- Masukkan ke dalam bekas.
Cara-cara awalan penyediaan bahan sayur
semua bahan-bahan ini di potong halus dan di masukkan ke dalam mangkuk. sebelum itu, pastikan semua sayur telah di cuci bersih. Bahan sayur adalah seperti berikut:
- 1 biji timun
- 6 batag kacang hijau
Taugeh di cuci bersih. Limau nipis di potong dua
6 biji telr di rebus dan di kupas kulitnya.
Cara-cara awalan penyediaan sambal untuk kuah laksa putih
Panaskan kuali, letak sedikit minyak kemudian goreng dua bahan ini sehingga naik bau. Bahannya ialah :
- 1 bungkus cili api merah
- sedikit belacan
Kemudian, tumbuk dengan lesung batu dan perasakan dengan gula dan ajinimoto.
Selesai dan sesedap rasa, masukkan ke dalam mangkuk.
Cara memasak kuah laksa putih
- Buka api dapur gas, kemudian isi ikan yang telah siap di blend tadi, masukkan semua hirisan bunga kantan, bunga kesom dan 1 batang serai serta bawang merah dan lada hitam yang telah di tumbuk tadi, Didihklan sehingga masak.
- Kemudian, masukkan semua 1 liter santan kara berserta garam dan ajinomoto. Didihkan sehingga masak .
- Siap.
Cara untuk menjamu hidangan Laksa Lemak Kelantan Sedap Dan Simple.
Anda sediakan mangkuk, ambik sedikit laksa, letak kuah dan letak semua sayur, telur , limau dan sedikit sambal. Kemudian, anda boleh menjamu selera. Gambar adalah seperti di bawah.
Untuk hidangan laksa ini, nada boleh nikmati laksa dengan kopi latte int3tree. Memang nikmat dan superb!.
Berminat untuk dapatkan kopi latte int3tree?
Klik sini;
Tekan Untuk Call
Tekan Untuk Whatsapp
Leave a Reply