• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Kuih Siput Lembut, Resepi Legend Air Tangan Ibu.

by shazylin
August 8, 2022Filed under:
  • resepi

Kuih Siput Lembut, Resepi Legend Air Tangan Ibu.

 

Assalammualaikum dan hai.

Bertemu kita lagi pada slot entri resepi, di mana penulis akan bawa anda pada zaman kecil-kecil mak kita dahulu, di mana pada musim Hari Raya, akan terhasilnya kuih lagend ini.

Nak di katakan pada zaman sekrang amat susah untuk mencari kuih lagend ini, kerana banyak kuih kuih moden telah timbul dan popular seperti cendawan yang tumbuh selepas hari hujan.

Maka, di dalam entri ini, penulis akan kongsikan satu resepi kuih lagend yang amat popular pada zaman mak kita dan yang pastinya original dan tiada bahan tambahan lain.

Resepi legend pada kali ini ialah Kuih Siput Lembut, Resepi Legend Air Tangan Ibu.

 

Macam mana penulis boleh tercetus idea untuk berkongsi resepi ini? ini kerana hujung minggu yang membosankan, ibu penulis bosan, kemudian penulis cadangkan agar buat kuih yang dia suka makan iaitu kuih gunting. Jadi ibu penulis bersetuju dan mengajak penulis untuk pergi membeli barang-barangnya.

Mengikut kata-kata ibu penulis, pada zaman kami kecil dulu, beliau akan membuat kuih ini sebanyak dua kilo. Tetapi pada kali ini, kami membuat hanya sekilo sahaja.

Al maklumlah, hanya sebagai kudapan untuk menonton televisyen.

Tanpa membuang masa, jom penulis senaraikan bahan-bahan, cara awalan dan bagaimana untuk masakkanyan sehingga menjadi kuih gunting atau kuih sayur yang pastinya tidak keras dan gebu .

 

 

Bahan-bahan Kuih Siput Lembut, Resepi Legend Air Tangan Ibu.

  • 5 biji bawang merah
  • 2 genggam ikan bilis halus
  • 5 sudu besar kari
  • 500 gram marjerin
  • 1 kilo tepung gandum
  • 4 biji telur
  • air yang sudah di bancuh dengan garam, anggaran garam dan air agak2 je.
  • daun sup
  • daun bawang
  • daun kari
  • minyak masak secukupnya
  • gunting
  • dulang
  • bekas untuk uli tepung

 

 

Cara Awalan Penyediaanya Kuih Siput Lembut, Resepi Legend Air Tangan Ibu.

 

Kuih Siput Lembut, Resepi Legend Air Tangan Ibu.

 

Pertama, blend halus bahan ini:

  • 5 biji bawang merah
  • 2 genggam ikan bilis halus

 

 

Kuih Siput Lembut, Resepi Legend Air Tangan Ibu.

Kedua, cincang halus bahan ini:

  • daun sup
  • daun bawang

 

 

 

Kuih Siput Lembut, Resepi Legend Air Tangan Ibu.

Ketiga, sediakan bekas uli tepung, kemudian masukkan 1 kilo tepung bersama dengan bahan-bahan yang telah di blend tadi. Kemudian, masukkan bahan yang telah di cincang tadi bersama-sama dengan bahan seperti berikut:

  • 5 sudu besar kari
  • 500 gram marjerin
  • 4 biji telur
  • bancuhan air garam, tuang sedikit demi sedikit.

 

 

Keempat, uli bahan-bahan tadi sehingga adunan tidak melekat pada tangan. Sekiranya adunan melekat pada tangan, maka letak sedikit demi sedikit tepung gandum, supaya ia menjadi adunan yang cantik.

 

 

 

Kelima, apabila adunan telah cantik, sediakan dulang dan gunting. Permukaan dulang di tabur dengan tepung gandum sedikit. Kemudian, ambil sedikit doh dan tepekkan pada tangan menjadi leper dan gunting adunan tersebut. Ulang sehingga adunan abis.

 

 

 

 

Cara Menggoreng Kuih Kuih Siput Lembut, Resepi Legend Air Tangan Ibu.

 

 

Pertama, sediakan kuali yang besar, panaskan minyak secukupnya,

 

Kedua, apabila minyak telah panas, masukkan tepung yang telah di gunting-gunting tadi. Goreng sehingga masak. Tips untuk tahu ia masak ialah, buih-buih semakin berkurang, maka kuih telah masak.

 

Ketiga, sebelum angkat untuk di toskan, masukkan daun kari di dalam kuali, kemudian gaul dua kali dan boleh di angkat hasil gorengan tersebut. Ulang sehingga abis.

 

Hasilnya adalah seperti di bawah :

Kuih Siput Lembut, Resepi Legend Air Tangan Ibu.

 

 

 

sekian, entri resepi kali ini.

 

Jika anda atau keluarga atau rakan-rakan ada masalah sembelit, penulis sarankan anda gantikan sarapan pagi anda dengan minum minuman coklat anti sembelit dari int3tree. Ianya sangat berbaloi kerana satu-satunya produk minuman coklat yang mengandungi minyak camelina.

 

 

ADAKAH ANDA SESEORANG YG MEMPUNYAI MASALAH SEMBELIT? ANDA SUKAKAN MINUMAN COKLAT ANTI SEMBELIT?

 

JOM AMALKAN MINUMAN COKLAT INT3TREE !

 

Tekan Untuk Call 

Tekan Untuk Whatsapp

 

Tagged:
  • Kuih Siput
  • Kuih Siput Legend
  • Kuih Siput Lembut

Post navigation

Previous Post Kuih Gunting Legend, Resepi Ori Zaman Mak.
Next Post Khasiat Beras Perang Untuk Sendi.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com