Bayi Kembung. Pengalaman Penulis.
Assalammualaikum dan hai.
Bayi kembung atau kolik sering akan mendatangkan masalah terutama kepada ibu dan bapa yang baru sahaja menimbangkan cahaya mata.
Begitu juga dengan penulis,manakan tidak, anak kesayangan yang kekadang perut mengeras mendatangkan kerisauan kepada kita sebagai ibu bapa.
Dalam artikel ini,penulis akan membuat perkongsian pengalaman penulis sendiri bagaimana menghadapi bayi kembung atau bayi kolik.
Bayi penulis terjadinya kembung ketika usia beliau nk masuk 45 hari,di mana dalam sebulan lebih macam tu.
Hal ini terjadi kerana salah satunya ialah usus anak penulis belum matang sepenuhnya, di sebabkan ia lahir secara pra matang.
Pelbagai cabaran telah penulis lalui antara bayi sentiasa menangis tak henti,enggan menyusu, muka kemerahan hendak membuang air besar dan sebagainya.
Sebagai seorang ibu, banyak ikhtiar di lakukan antara search di google,tanya adik beradik serta ipar duai. Al maklumlah,kita tiada pengalaman, jadi perlu bertanya kepada yang ada pengalaman.
Terima kasih kepada adik yang berada di Langkawi,kerana beliau telah mencadangkan produk yang sama seperti anaknya pakai kerana masalah yang di hadapi oleh anak penulis hampir sama berlaku kepada anaknya.
Bayi Kembung. Pengalaman Penulis.
Antara tips yang paling berjaya dan berhasil adalah cadangan dari adik penulis sendiri yang berada di Langkawi,di mana beliau mencadangkan untuk menggunakan produk Tasneem.
Jadi ,penulis ikhtiar melalui produk tasneem iaitu menggunakan Balm T-tub dan stommy oil. Alhamdulillah berhasil.
Jom kenali Balm T-Rub Tasneem
T-rub balm Tasneem merupakan balm yang sangat sesuai untuk sakit perut, gastrik, kembung perut, cirit-birit, sembelit dan membantu masalah penghadaman.
Bagi penulis, T-Rub balm sangat wajib untuk insan yang baru bergelar ibu semasa berpantang kerana ada kebarangkalian anak akan mengalami sembelit. Jadi balm ini sangat membantu.b
Ibu boleh sapukan balm ini di tapak kaki dan perut. Untuk sapuan di bahagian perut, ibu disarankan supaya membuat urutan seperti urutan ‘I Love You’ bagi memastikan si manja anda lebih selesa.
Jom kenali Stommy Oil Tasneem.
Selain dari balm t-rub tasneem, penulis juga suka pada stommy oil tasneem. Ia merupakan minyak telon , dimana Stommy Oil bukan sahaja dapat membantu mengelakkan si kecil daripada sembelit dan kembung malah ianya baik untuk meredakan cirit-birit, malah ia juga membantu menghangatkan tubuh si kecil serta melembutkan kulit bayi.
Antara fungsi stommy oil ialah :
- Memberi kehangatan kepada bayi.
- Mengelakkan bayi dari kembung perut atau masuk angin.
- Memberi kesegaran dengan haruman mint.
- Memudahkan proses pencernaan dan penghadaman perut.
- Melembutkan kulit
Kandungan di dalam stommy oil ialah :
Minyak Zaitun
- Bersifat antioksida dan antibakteria. Dapat menenangkan dan memperbaiki tidur. Membuat kulit lebih halus, berkilau dan sihat.
Minyak Halia
- Memberi kesan pemanasan yang membantu pencernaan, merangsang aliran darah, melegakan sakit perut dan kembung perut.
Minyak Serai
- Membantu mengubati masalah sakit perut dan membanti mengurangkan angin di seluruh badan. Membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang sewaktu bersalin.
Daun Eucalyptus
- Membantu mengurangkan sakit sendi, menenangkan fikiran dan menjadikan tubuh lebih ringan
Kulit Limau Purut
- Bersifat anti-radang dan juga dapat merangsang sistem pencernaan
Badam
- Membantu melembab dan melindungi kulit daripada sinaran UV serta dapat mencegah tanda regangan
Minyak Pudina
- Mempunyai aroma segar dan menyenangkan dan dapat hilangkan rasa gatal, sakit otot dan sakit kepala.
Selain dari ikhtiar menggunakan balm t-rub dan Stommy oil tasneem,penulis juga akan tuam tubuh badan baby, antaranya bahagian perut,betis,kemaluan serta di tapak kaki.
Tanda bayi kembung.
Jika anda adalah insan yang baru bergelar ibu, maka anda perlu ketahui apa tanda bayi kembung, antaranya
- Menangis yang boleh dijangka –Bayi akan menangis pada waktu sama setiap hari, biasanya pada lewat tengah hari atau petang. Episod ini mungkin bertahan dari beberapa minit hingga tiga jam atau lebih pada hari tertentu.
- Tangisan yang keterlaluan –Tangisan kolik adalah keterlaluan, kedengaran kesusahan dan selalunya pada nada yang tinggi. Wajah bayi anda mungkin berjuraian air mata, dan dia adalah sangat sukar untuk ditenangkan.
- Menangis tanpa sebab yang jelas,-Menangis yang berkaitan dengan masalah kembung pada perut berlaku tanpa sebab yang jelas.
- Perubahan postur –Menggulung kaki, mengepal tangan dan otot perut yang tegang adalah biasa semasa episod kolik.
Demikian perkongsian penulis.
Leave a Reply