• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Ayam Gulai Cili Api Simple Campur Kentang.

by shazylin
July 27, 2022Filed under:
  • resepi

Ayam Gulai Cili Api Simple Campur Kentang.

 

Assalammualaikum dan hai.

Untuk entri resepi kali ini, memandangkan penulis masak , jadi penulis kongsi resepi ini di entri ini untuk pembaca.

Masakan yang simple, sedap di makan dengan nasi panas dan di hidangkan dengan potongan timun serta air sirap ais. Memang terangkat taw.

Entri kali ini adalah resepi Gulai Cili Api Simple.

Resepi ini mudah taw dan tak susah mana pun.

Jom penulis kongsikan bahan-bahan dan cara memasaknya.

 

Ayam Gulai Cili Api Simple Campur Kentang.

 

Untuk bahan-bahan ini, penyediaan adalah untuk makan 3 orang. Kenapa 3 orang? sebab di rumah hanya ada 3 orang sahaja yang memakannya. Orang lain tiada.

 

Bahan-bahannya ialah:

 

  • 5 ketul ayam
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 12 biji cili api
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/4 inci halia
  • 100gram santan
  • air secukupnya
  • garam
  • ajinomoto
  • asam keping

 

 

Cara Awalan Penyediaan Ayam Gulai Cili Api Simple Campur Kentang.

 

Pertama, ayam di bersihkan dan di toskan.

 

Kedua, ubi kentang di kupas, di potong ikut saiz yang di kehendaki, kemudian letakkan pada ayam.

 

Ketiga, bahan-bahan ini di kisar :

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 12 biji cili api
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/4 inci halia

 

Keempat, serai diketuk .

 

 

Cara-Cara Memasak Ayam Gulai Cili Api Simple Campur Kentang.

 

Ayam Gulai Cili Api Simple Campur Kentang.

 

 

Pertama, sediakan kuali, kemudian tuangkan bahan yang telah di kisar tadi bersama-sama dengan isi ayam dan ubi kentang. Kemudian, nyalakan api, letak setengah gelas air masak dan biar ia kecut sebati bersama-sama bahan tadi.

Kecutkan ayam sehingga air ayam keluar dan nampak telah di serap. Proses selama 10 minit.

Kedua, letakkan 100 gram santan kotak, 1 kotak air dan kacau. Jika kuah terlalu pekat, masukkan lagi air ikut tahap kecairan yang anda perlukan.

Ketiga, masukkan juga asam keping, garam dan ajinomoto . Kacau dan biarkan ia mendidih dan pecah santan. Jika sudah masak boleh di angkat di hidangkan untuk makan tengah ari.

 

Sekian, perkongsian masakan gulai cili api dari penulis, di harap anda dapat mencubanya kerana ia masakan yang simple.

 

oo ye, sebelum penulis tutup bab resepi ini, jika anda adalah peminat teh tarik, penulis sarankan anda bertukar kepada teh tarik yang menyihatkan iaitu teh tarik kurma int3tree.

 

Ini kerana, Teh tarik memang sedap di minum, tetapi awas, jika anda menggunakan susu yang berlebihan , boleh menyebabkan kaki anda di potong.

 

Jika anda kaki teh tarik, penggemar dan pencinta teh tarik, jom ikuti penulisan penulis kenapa anda wajib bertukar kepada minuman yang lebih sihat bersama teh tarik int3tree.

 

 

Ingin dapatkan Teh Tarik Kurma Int3tree Premium?

Klik Link dibawah untuk tempahan :

Tekan Untuk Call 

Tekan Untuk Whatsapp

Tagged:
  • Ayam Gulai Cili Api

Post navigation

Previous Post Telekung Sarah Dari Annisaa Limited Edition.
Next Post Kelebihan Minuman Coklat Int3tree.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com