• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

MySejahtera Trace Ciri Baru My Sejahtera.

by shazylin
December 25, 2021January 2, 2022Filed under:
  • info

MySejahtera Trace.

Assalammualaikum dan hai.

Pada entri info kali ini, penulis akan memberitahu mengenai apps yang penting sepanjang kita menghadapi penyakit Covid-19.

Sepertimana kita ketahui, apps My sejahtera di bangunakan semasa malaysia menghadapi gelombang penyakit Covid-19 yang merebak bukan sahaja di negara kita, bahkan 1 dunia menghadapinya.

 

boleh baca : MySejahtera Trace Fungsi Tambahan Di Dalam Mysejahtera.

 

Ia merupakan satu medium yang di bangunkan oleh kerajaan Malaysia bagi menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk membolehkan rakyat mendapatkan pelbagai info terkini yang sentiasa di update oleh kerajaan untuk rakyat supaya rakyat dapat menjaga kesihatan mereka sepanjang wabak melanda.

Di antara fungsi apps ni adalah salah satunya dapat membantu kerajaan untuk memutuskan rantaian covid-19 yang semakin mengganas. Selain itu, membantu penduduk mendapatkan temu janji vaksin secara online dengan mudah apabila install.

Di samping itu, dengan adanya apps ini, ia dapat membantu setiap premis untuk membenarkan check in setiap orang memasuki premis mereka. Dengan ini, seandainya terdapat kes di tempat tersebut, mudah kerajaan untuk mengenalpasti segala kontak rapat hanya melalui data check in yang di lakukan oleh orang ramai.

baca juga :MySJ Trace Lebih Sistematik Untuk Mengesan Kontak Rapat.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia telah mengemaskini app tersebut dengan mewujudkan button check out, tetapi malangnya ramai yang terlupa check out. Maka ramai yang membuat rungutan mengenai appas tersebut.

Jadi, kerajaan Malaysia lagi sekali telah update apps My sejahtera iaitu dengan mewujudkan MySejahtera Trace dan menghapuskan button check out.

 

 

Apa fungsi MySejahtera Trace?

Apa fungsi MySejahtera Trace?

Untuk membolehkan anda mewujudkanny, perkara pertama sekali anda kena lakukan ialah dengan update apps tersebut sama ada di android atau iphone.

Fungsi MySejahtera Trace adalah fungsi tambahan di dalam my sejahtera iaitu untuk memudahkan mengesan kontak rapat pesakit yang positif Covid-19 hanya menggunakan teknologi Bluetooth.

Di samping itu, antara fungsi lain adalah memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau dan mencegah COVID-19 agar tidak menular sehingga teruk.

 

Bagaimana MySejahtera Trace Akan Berfungsi?

Setelah pengguna update, maka untuk memastikan bagaimana ia berfungsi adalah dengan senantiasa on button bluetooh di telefon bimbit anda. Ada soalan kenapa kena sentiasa on bluetooth? Ini kerana apabila seseorang itu di jangkiti Covid-19 dan positif secara tidak langsung semua kontak rapat akan menerima notifikasi kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menjalankan tugas membaca segala data informasi untuk semua kontak rapat.

Apabila individu tersebut telah memberi kebenaran kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, maka segala penilaian ke atas risiko boleh di lakukan dengan segera dengan adanya data perkongsian Bluetooth.

Seandainya individu tersebut tidak memberi kebenaran untuk di akses, maka kementerian Kesihatan Malaysia tidak dapat akses segala maklumat di dalam My sejahtera dan tindakan manual perlu di laksanakan iaitu KKM akan turun padang melakukan  swap.

 

 

MySJ Trace

Kelebihan MySJ Trace

Antara kelebihan MySJ Trace  adalah di mana kini setiap pengguna yang telah update apps mereka, maka secara automatik button check out akan hilang terus. Jadi pengguna tidak perlu pening kepala atau tidur terlalu dalam di dalam sesebuah premis apabila telah check in.

Kelemahan MySJ Trace

Walaupun apps ini sentiasa di tambah baik, namun setiap teknologi mesti ada kelemahannya. Salah satu kelemahan  MySJ Trace adalah Kementerian Kesihatan Malaysia hanya boleh mengakses  segala data milik peribadi seseorang hanya untu data 14 hari sahaja.

 

Kesimpulan

Untuk membolehkan anda update MySJ, perkara pertama ialah anda perlu pastikan Version Android anda adalah 8.0 , manakala bagi apple pula adalah iOS 10.

Di harap dengan canggihnya perisian ini, segala wabak Covid-19 dapat di lenyapkan terus di Malaysia ini dalam sekelip mata. Ini kerana walaupun Malaysia sudah hampir memasuki endemik, tetapi timbul pula varian Omicron yang di katakan lebih mengganas dari Covid-19.

Sama-sama kita menjaga diri demi insan yang tercinta.

 

 

 

 

 

Tagged:
  • MySejahtera Trace
  • MySejahtera Trace Ciri Baru My Sejahtera.

Post navigation

Previous Post Ayam Goreng Tepung Gandum.
Next Post Dimana Hendak Beli Tudung Cantik?.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2025 · Shazylin.com