• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Ayam Goreng Cili Api Garing.

by shazylin
December 15, 2021Filed under:
  • resepi

Ayam Goreng Cili Api Garing.

Assalammmualaikum dan hai.

Entri resepi kali ini merupakan menu yang simple tetapi akan menambahkan nasi banyak kali ketika makan. 

Siapa yang tidak suka ayam? Ayam boleh di jadikan pelbagai resepi di dalam masakan, tetapi kali ini adalah perkongsian mengenai ayam goreng cili api garing. Menu ini boleh di kombinasikan dengan kobis goreng. Terus terangkat !

Jom lihat bahan-bahan serta bagaimana cara membuatnya.

 

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam 6 ketul
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • segenggam cili api 
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • minyak masak
  • garam
  • kunyit
  • kicap manis.
  • asam jawa
  • ajinomoto

Cara-cara penyediaan awalan: (Bahagian ayam)

  • Pertama. ambil ayam 6 ketul, bersihkan. Kemudian letakkkan garam serta kunyit, gaulkanm sehingga sebati
  • Kedua, panaskan minyak, goreng ayam tersebut separuh masak dulu sehingga ia kekuningan.
  • Ketiga, setelah kekuningan, angkat ayam dan toskan.

Cara-cara penyediaan lada untuk ayam

  • Pertama, ambil 5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih serta 1 inci halia, tumbuk sehingga halus.
  • Kedua, tumbukkan segenggam cili api sehingga lumat bersama-sama dengan bahan yang pertama tadi. Kemudian, keluarkan bahan tadi, masuk di dalam mangkuk.
  • Ketiga, tumbuk kasar serai-tujuan untuk naikkan bau.

 Jemput baca : Sambal Ikan Kembung.

CARA-CARA MEMASAK

  • Pertama, panaskan minyak yang di gunakan semasa goreng ayam tadi. Kemudian, masukkan serai. Tumis sehingga naik bau. 
  • Kedua, masukkan bahan cili api yang telah di tumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau dan cili api betul-betul masak. Jika cili belum masak sepenuhnya, akan menyebabkan sakit perut yang melampau.
  • Ketiga, letakkan air asam jawa, kacau. Kemudian perasakan dengan garam serta ajinomoto.
  • Keempat, bila sambal betul-betul telah di perasakan, letakkan sedikit kicap manis. Kemudian masukkan ayam dan gaul sekali je bagi sambal rata pada ayam tersebut. Angkat, sedia untuk di hidangkan.

 

Penutup

Di sini di selitkan sekali resepi sayur kobis goreng untuk perhatian anda. Masakan sayur yang mudah serta ringkas.

Bahan-bahan adalah seperti berikut:

  • suku sayur kobis
  • 1 ulas cili merah-di hiris
  • 2 ulas bawang merah di hiris
  • 1 ulas bawang putih di hiris
  • belacan
  • garam
  • ajinomoto 
  • minyak masak

Cara memasaknya:

  • Pertama, sayur serta semua bahan hirisan serta belacan di cuci bersih, toskan.
  • Kedua, panaskan minyak, masuk bahan hirisan dan belacan, tumis sehingga naik bau.
  • Ketiga, masukkan kobis, garam dan ajinomoto. Kacau sehingga masak
  • Keempat, hidangkan.

 

Tagged:
  • Ayam Goreng Cili Api
  • sayur kobis goreng

Post navigation

Previous Post Koleksi Baju HASNURI Idaman Ramai.
Next Post Testimoni Baju HASNURI Collection.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 · Shazylin.com